Selasa, 13 Mei 2008

Kelas ICTL 1 Ibnu Sina 2008





Seronok belajar ICTL-Siti Noor Syazleen Binti Masrof

Keputusan SPM 2007

Sekitar Keputusan SPM 2007



MOTO SEKOLAH

BERILMU, BERAMAL DAN BERAKHLAK MULIA

Tema Sekolah

SMKKL CEMERLANG

Sejarah Sekolah


Pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Kok Lanas bermula pada tahun 1988. Sekolah ini telah dibina di atas kawasan seluas 31 ekar.Kawasan asalnya ialah kebun getah dan sedikit kawasan paya air tawar. Nama sekolah ini adalah bersempena Kampung Kok Lanas.
Dari segi kedudukannya, ia berhampiran dengan pekan Kok Lanas, Kem Desa Pahlawan dan Politeknik Kota Bharu.
Pada 1 Disember 1990, Sekolah Menengah Kebangsaan Kok Lanas memulakan sesi persekolahan yang pertama dengan 6 kelas Tingkatan Satu dan 4 kelas Tingkatan Dua yang disalurkan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Ketereh terutama pelajar yang tinggal berhampiran Kok Lanas.
Pada sesi permulaan, jumlah tenaga pengajar seramai 20 orang termasuk Pengetua dan 5 orang pekerja.Jumlah murid Tingkatan Satu ialah seramai 67 orang dan 113 orang di Tingkatan Dua.
Pengetua pertama ialah Tuan Hj. Othman Bin Mamat yang melapor diri pada 16 November 1990 bersama dengan Penolong Kanan Pentadbiran En. Abd wahab Bin Amin.Pengetua kedua ialah Tn. Haji Ahmad Bin Ibrahim yang menggantikan Tn Haji Othman yang berpindah ke SMK Kubang Kerian 2 pada 16 Disember 1991.Seterusnya Encik Kamal Bin Haji Ismail pula menggantikan Tn. Hj. Ahmad pada tahun 1993. Pertukaran Encik Kamal pada tahun 1998 telah diganti oleh Tuan Haji Wan Mat Bin Seman sehingga beliau menamatkan perkhidmatan pada akhir tahun 2004.Tempat beliau kemudian diganti oleh Ustaz Md Fuzi Bin Mohd Noor yang mula bertugas pada 1 Janurai 2005.
Pada 25 Mei 2005 sekolah ini sekali lagi menerima kehadiran pengetua yang baru iaitu Pn. Hjh.Hasmah Bt. Mat Jaiz yang bertugas sehingga 15 Julai 2007. Pn. Hjh Wan Safinah Bt. Wan Hamad pula telah mengambil alih jawatan pengetua mulai 16 Julai 2007 hingga sekarang.
Sekolah Menengah Kebangsaan Kok Lanas setakat ini telah menerima pelajar-pelajar yang disalirkan daripada sekolah-sekolah kebangsaan sekitarnya seperti SK Kok Lanas, SK Kem Desa Pahlawan dan SK Banggol Saman.
Semoga SMK Kok Lanas terus cemerlang, gemilang dan terbilang menjelang 2010. InsyaAllah.